Sejarah & Matlamat


مـــركــز نــور ايـمــان لــتـحـفـيـظ الـقـرءان الـكـريـم

Pusat Tahfiz Nur Iman (TNI)  telah ditubuhkan pada tahun 2000 berkonsepkan sistem masjidil haram Makkah (separuh masa). Lokasi TNI terletak di Masjid Nur Iman batu 4, dulunya di kenali dengan Madrasah Batu 4, beralamat:


No 21 bt 4, Jln Kuala Krai
15100 Kota Bharu, Kelantan


TNI telah memulakan operasinya oleh Ustaz Hasan al-Makki. Beliau menghafaz al-Quran di Masjidil Haram, Makkah dan telah menjadi hafiz pada usia 12 tahun. Mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun, 8 tahun di Makkah dan 17 tahun di tanah air. Di awal penubuhan, TNI hanya mempunyai 13 orang pelajar berdaftar. Berkat kesungguhan pengasas, sokongan ibubapa dan masyarakat kampung serta komitmen para pelajar, TNI telah berjaya menarik minat orang ramai untuk merealisasikan satu keluarga seorang Al-Hafiz dan seterusnya menambah bilangan pelajar seramai 85 pelajar

Bagi menampung bilangan pelajar yang kian bertambah, TNI terpaksa mengubahsuai madrasah batu 4 kepada 2 tinggkat, ianya siap sepenuhnya pada tahun 2007. Pengubahsuaian ini bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar sekaligus dapat mengimarahkan lagi Masjid Nur Iman, Batu 4.



Di antara tujuan penubuhan TNI ialah dapat medidik anak-anak  ini ke arah menjadi anak yang soleh, yang merupakan cita-cita setiap ibu bapa muslim di dunia ini
Anak soleh yang  di antaranya :
  1. Sentiasa mentaati allah, Rasulullah s.a.w, kedua ibu bapa serta guru- guru
  2. Sentiasa berdoa kepada Allah untuk kedua ibu bapa dan guru
  3. Boleh membaca al-qur'an dengan baik
  4. Boleh menghafaz al-qur'an sebanyak mungkin atau tamat 30 juzuk al-qur'an
  5. Boleh menjadi imam sekurang-kurangnya dalam keluarga dan di kampung
  6. Mempunyai Akhlak yang mulia
  7. Dapat menyambung tugas guru atau tugas Rasulullah s.a.w sebagai guru al-qur'an
  8. Cemerlang Akadimik dan CEMERLANG AGAMA.
Semoga dengan adanya TNI dapat memberi sedikit sumbangan bagi mendidik anak-anak mencintai, menghayait dan menjadikan al-qur'an ini sebagai panduan dalam kehidupan mareka di dunia ini untuk menuju ke alam akhirat nanti insyaallah


الأهــداف  ( MATLAMAT )
  • Memberi peluang kepada pelajar yang berminat menghafaz al-Quran separuh masa (part time), barasaskan Sistem Masjidil Haram bermula dari usia kecil lagi.

  • Memberi peluang kepada anak-anak memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaiknya sebelum atau selepas sesi persekolahan biasa dengan menghafaz al-Quran secara sistematik.
  • Menanam minat pelajar untuk menghafaz serta mendedahkan pengalaman menghafaz al-Quran pada masa akan datang
  • Berusaha untuk membudayakan dan mewujudkan suasana al-Quran di rumah bagi mengeratkan lagi hubungan di antara anak dengan ibu bapa melalui Maaidatul Quran.
  • Mengimarahkan kampung ,masjid dan surau dengan suasana al-Quran.
  • Melatih anak-anak menjadi pemimpin melalui latihan Imam dan Program Imam Terawih.
  • Melibatkan anak-anak dan ibu bapa dengan aktiviti Kuliyah ugama, Gotong royong, Musabaqah Al-Quran dan sebagainya.
  • Membina sahsiyah pelajar dengan akhlak al-Quran dengan menjadikan al-qur'an sebagai panduan hidup.
  • Menambah ilmu pengetahuan, pemahaman serta amalan fardhu ain dan fadhu kifayah di kalangan pelajar.
  • Memohon Hidayah ketenangan, keberkatan dan keredhaan Allah di dunia & akhirat nanti INSYAALLAH. 

  الـمـمـيـزات ( KEISTIMEWAAN )
  • Pengajaran kami berasaskan sistem Makkah, yang telah diajar di Masjidil Haram (tingkat 2) lebih 45 tahun yang lepas. 
  • Sistem yang mudah , cepat & berkesan, telah terbukti berjaya melahirkan pelajar yang mampu menghafaz dalam masa yang singkat serta usia yang masih muda.
  • Kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran secara tepat dan cepat dari segi sebutan, sifat huruf dan  tajwid. 
  • Guru yang berpengalaman.
  • Persekitaran yang selesa dan tenang (di masjid).
  • Kerja rumah disediakan dengan pengawasan melalui Rekod Kerja Rumah.
  • Bilangan pelajar setiap halaqah 15-17 pelajar.
  • Belajar secara individu dan bekumpulan. 
  • Ujian (musabaqah al-Quran) / sijil
  • Mengimarahkan kampung ,masjid dan surau dengan suasana al-Quran.
  • Melatih anak-anak menjadi pemimpin dengan latihan Imam dan Program Imam Terawih.
  • Melibatkan anak-anak dan ibu bapa dengan aktiviti- aktiviti Pusat Tahfiz Nur Iman

الـمـلـتـحـقـيـن ( PENYERTAAN )
  • Pelajar yang berminat berumur 5 tahun ke atas, lelaki dan perempuan.
  • Pelajar sekolah rendah yang ada cita-cita untuk menyertai sekolah tahfiz apabila ke tingkatan 1 nanti.
  • Pelajar yang telah tamat hafazan dan ingin murajaah (mengulang) atau menguatkan hafazan.
  • Bagi yang berminat untuk membetulkan bacaan, menghafaz ayat-ayat lazim dan surah pilihan.

الــبــرامــج ( Program )
  • Membetulkan bacaan.
  • Memperkukuhkan asas ilmu tajwid.
  • Menghafaz al-Quran.
  • Mendedahkan makna harfiah.
  • Memperkenalkan asas bahasa arab.
  • Solat berjemaah.
  • Fardhu ain.
  • Motivasi dan lain-lain
      الـتــــعـــاون ( KERJASAMA )

      Pihak kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana individu, Sekolah atau Maahad
      Tahfiz untuk berkongsi sistem, pengalaman atau berbincang ke arah memperbanyakkan lagi
      Halaqah Tahfiz seteurusnya memantapkan lagi Qaidah atau sistem Tahfiz Al-qur'an di tanah air kita.