Kelebihan & Sistem

KELEBIHAN AL-QURAN
1.Membaca Dan Mengamal Al-Quran

• Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkannya, maka Allah akan menganugerahkan pakaian kebesaran(mahkota) kepada kedua-dua ibu bapanya pada hari kiamat yang pancaran sinarannya lebih bagus daripada sinar matahari. Maka bagaimana pendapatmu tentang orang yang mengamalkannya”.

• Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Orang yang mahir dalam membaca al-Quran kelak tempatnya bersama para nabi dan para rasul, sedangkan orang yang gemar membaca al-Quran tetapi tersangkut-sangkut (tidak pandai membaca), dia mendapat dua pahala (satu pahala kerana kegemarannya membaca al-Quran dan satu lagi pahala kerana susahnya membaca).

• Sabda Rasulullah s.a.w. lagi :
“ Umatku yang paling mulia ialah orang yang hafal al-Quran dan ahli yang solat malam”.

2.Kesimpulan :

Di antara kesan membaca al-Quran ialah :
  •  Dapat menenang dan mententeramkan hati yang resah gelisah
  •  Dapat mengangkat darjat dirinya dan kedua ibu bapanya di akhirat kelak
  •  Rumahnya akan mendapat berkat serta tidak dimasuki oleh syaitan.
  •  Dapat melembutkan hati yang keras
3.Kelebihan menghafal Al-Quran di antaranya :
  • Diberi pahala yang berlipat ganda
  • Mendapat kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah
  • Doanya sentiasa dimakbulkan oleh Allah
  • Tubuhnya tidak akan disentuh oleh api neraka.

SUKATAN @ TARGET : 

Sedang di kemaskini........



      SISTEM MENGHAFAZ AL-QURAN DI ANTARANYA :

      PENGENALAN.
      1. TALAQQI ( BACA MENGIKUT GURU )
      •  Iaitu pelajar mengikut bacaan ustaz sambil diperbetulkan mana-mana bacaan yang salah.
      •  Membetulkan bacaan pelajar dari segi hukum -hukum tajwid
      •  Melatih pelajar membaca dengan suara yang nyata , jelas dan merdu dengan bacaan sederhana iaitu    tidak terlalu laju atau terlalu perlahan
      •  Untuk menentukan ayat-ayat yang akan dihafal oleh pelajar.
      2. HIFZ JADID (HAFALAN BARU)
      •  Iaitu menghafal ayat-ayat baru yang telah di talaqqi bersama ustaz.
      •  mengingati ayat-ayat baru yang telah di talaqqi
      •  menambah jumlah hafalan
      3. MURAJAAH ( MENGULANG )
      • Iaitu membaca di hadapan ustaz hafalan lama untuk memastikan tidak lupa dan memperbetulkan hukum-hukum Tajwid.
      4. DIARI HARIAN HAFIZ ( REKOD HARIAN )

      Tujuan :
      • Untuk merekod pencapaian harian pelajar.
      • Untuk mengetahui ayat yang perlu dibaca dan tempat berhenti.
      • Memudahkan ibu bapa / penjaga menyemak hafalan semasa pelajar.
      • Menghidupkan budaya membaca bersama keluarga di rumah


       PERLAKSANAAN

      TALAQQI
      • Pelajar bermusyafahah iaitu mengikut bacaan ustaz.
      • Pelajar mendengar dengan teliti bacaan ustaz dari segi makhraj, panjang, pendek, dengung dan lain-lain hukum-hukum tajwid dengan melihat pergerakkan mulut guru apabila guru membaca atau menugur
      • Hendaklah memerhati juga tempat wakaf dan ibtida’ ayat-ayat yang dibaca ustaz
      • Akhirnya hendaklah menghafal ayat-ayat tersebut dengan suara yang kuat, nyata dan tidak laju
      2- HIFZ JADID
      •  Menghafal ayat-ayat yang telah ditalaqqi dengan ustaz
      •  Membaca dengan suara yang kuat dan tidak laju semasa menghafal yang dapat didengari oleh rakan-rakan   disebelahnya
      •  Hendaklah mengulangi hafalan ayat ke ayat (contohnya ayat 1sebanyak 10 kali) atau mengikut kemampuan
      • Bila ingat ayat 1 baru berpindah ke ayat 2 dan seterusnya.
      • Jika ayat terlalu panjang, boleh juga menghafal dari baris ke baris
      • Hendaklah menghafal secara tadwir (tidak terlalu laju) dan meraikan hukum-hukum tajwid
      • Apabila telah ingat hafalan, mintalah rakan menyemak bacaan, kemudian bolehlah membacanya di hadapan ustaz.
      3- MURAJAAH
      •  Hendaklah membaca mengikut tertib sekurang-kurang 4 @ 5 m/s dengan  guru setiap hari atau seperti yang telah ditentukan oleh guru.
      •  Selain baca dengan guru bacalah juga Murajaah sendiri sekurang-kurangnya satu juz setiap hari
      •  Menghafal dengan suara yang kuat dan nyata yang dapat didengari oleh rakan di sebelahnya
      •  Hendaklah membaca dengan tadwir serta meraikan hukum-hukum tajwid
      •  Ulangilah hafalan ayat ke ayat atau mengikut kemampuan. Bila telah ingat, bacalah dengan guru